Kampung Sawah Baru terletak 11km daripada bandar Labis. Dikampung inilah aku di lahirkan tepat jam 6.30 pagi pada 27 September, bersamaan 10 Zulhijjah pada hari isnin...
Kebanyakkan orang-orang kampung kat sini bekerja sebagai Penoreh Getah. Kawaasan kampung ni memang cantik sebab masih ade lagi hutan-hutan yang menjadi hutan simpan dan dijaga. Bila waktu pagi boleh sedut udara yang segar tanpa rasa was-was...
Terdapat pelbagai tempat yang menarik boleh dilawati berhampiran kawasan Kampung aku ni. Diantaranya Pusat Rekreasi Kolam Air Panas yang terletak 5km dari Kampung aku dan Air Terjun Taka Melor yang terletak 10km dari Kampung....
_______________________________________________________________
Pusat Rekreasi Kolam Air Panas
Pusat Rekriasi Kolam Air Panas ini terletak 5km daripada Kampung Sawah Baru. Terbahagi kepada 4 kolam dengan kedalaman yang berbeza-beza.
Selain itu, turut disediakan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, surau, tandas dan juga bilik sauna....Nak mandi dalam bilik sauna ni kene bayar lah..lebih kurang RM30 jerr..
Waktu Operasi adalah dari jam 3 petang hingga 7 petang dari hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 7 pagi hingga 9 malam pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Am...
Bayaran yang dikenakan untuk dewasa RM2.00, Kanak-Kanak RM1.00 dan Kenderaan RM2.00 sahaja....Harge ni berubah-ubah ikut keadasaan semasa lah...
______________________________________________________________
Air Terjun Taka Melor
Air Terjun Taka Melor terletak 10km dari Kampung Sawah Baru. Air Terjun ini terbuka kepada semua tanpa dikenakan sebarang bayaran....
Air Terjun ini sesuai dijadikan tapak perkhemahan. Banyak kemudahan asas yang disediakan di air terjun ini. Diantaranya tandas, bilik persalinan, pondok rehat, pondok solat, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta.
Air Terjun Taka Melor ini juga telah di rizabkan sebagai Hutan Simpan Labis dan bersebelahan dengan Hutan Simpan Taman Negara.
No comments:
Post a Comment