Kerjaya

Selepas bergelar graduan daripada UiTM pada september 2004, misi mencari kerja di mulakan...Masa ni tak kisahlah kerja ape pun aku mintak...dengan berbekalkan Diploma Sains Komputer, aku meredah ke seluruh tempah mencari kerja...Selepas menjadi pengganggur terhormat selama 3 bulan..akhirnya misi berakhir bila aku diterima bekerja di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd di Teluk Ramunia...Mase ni dah rase best sangat sebab dapat kerja..dah tak fikir jawatan ape pun ok jerrr..memang tak berkait langsung dengan ape yang aku belajar..tapi mase ni fikir..asalkan status penganggur dapat di hapuskan..dah kire ok lah...

Mule masuk kerja...confirlah tak tahu buat ape...banyak benda yang aku tak pernah tengok...aku kena belajar daripada kosong...kosong...kosong...tapi best...sebab dapat ilmu baru..dan ramai yang sudi membantu...
_______________________________________________________________

Sime Darby Engineering Sdn. Bhd.


Sime Darby Engineering secara strategiknya beroperasi di wilayah Asia Tenggara. Terletak di selatan Semenanjung Malaysia yang menghubungkan laluan antarabangsa melalui Laut China Selatan, lautan Pasifik dan Lautan Hindi. SDE telah dikenali sebagai syarikat yang menyumbangkan sumber tenaga mahir bagi industri pembinaan struktur pelantar minyak luar pantai (off-shore).

Tahun 2005 kali pertama aku kerja....aku ditempatkan di "Project Management Team" (PMT).. banyaklah benda-benda baru yang dapat aku belajar..Pening jugaklah bile tengok drawing Structure, Piping, Electrical dan Instrument yang memang aku tak pernah tengok...Projek pertama yang aku terlibat mase ni..Projek D1..

_______________________________________________________________


Ramunia Fabricators Sdn. Bhd


Tahun 2008 sekali lagi aku bertukar kerja ke Ramunia Fabricator Sdn. Bhd...Aku tukar kerja pun disebabkan syarikat lama berpindah ke Pasir Gudang, Johor. Sekali lagi sejarah tercipta..bila aku ditempatkan di bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar yang lebih dikenali dengan "HSE Depatment". Alasan aku kene ke HSE mase ni...sebab syarikat ni..nak ade orang yang expert dalam bahagian IT dalam setiap satu department...Expert lah sangat kan aku...dekat bahagian ni aku kene buat sistem yang mudah untuk rekod pekerja dan data boleh dicari dengan mudah. Aku jugak dilatih untuk menjadi tenaga pengajar mase ni...menggigil jugak mase mula-mula nak bercakap depan orang ramai yang kategori otai-otai ni..

_______________________________________________________________

Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd.


2010 aku telah berhijrah ke Pasir Gudang, Johor. Penghijrahan ni pun sebab RFSB berpindah ke Port Klang...jauh sangat nak tukar ke sana sbb aku tengah sambung belajar mase ni..jadi kenalah cari keje kat tempat lain...mase ni aku belajar di PUSPATRI dan lepas tu aku praktikal di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd...  Alhamdulillah..rezeki Allah..aku dapat kerja di Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd pada hujung tahun 2011. Pada awalnya aku terlibat dengan Projek Tapis Q dan Tapis R..di bahagian Offshore Business Unit (OBU)...Tapi pada tahun 2012 aku telah ditukarkan ker bahagian coorporate dan berpindah office ke Taman Mawar..Mase ni aku dah pun jadi full time trainer untuk projek ni...di tambah jugak dengan latihan untuk bahagian coorporate...


No comments:

Post a Comment