Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini.
Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80%
daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan
rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia,
tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap
kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang
100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad
ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang
akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh
seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau
menyebabkan empat juta kematian.
• Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau.
Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap
minit.
• Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau
Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik
mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua
pertiga lelaki yang merokok.
• Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15
tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
• 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok
setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negaranegara
Asia.
• Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat
penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru,
penyakit jantung dan penyakit paru-paru yang kronik.
• Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau,
yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah
karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh
menyebabkan kerengsaan.
• Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
• 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah
daripada tabiat merokok.
• 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah
disebabkan oleh tabiat merokok.
Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
• Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
• Setiap hari,lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18
tahun mula merokok.
• 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun
merokok.
• Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah.
Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam
tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang
merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara
keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa
hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
• Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17%
setahun.
• Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah
juta kes penyakit koronari(jantung).
• Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan KebangsaanKe-2
yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam
tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang
10,000 orang setahun.
Perspektif
• Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja(10
tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin
meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan)
• Mempergiatkan usaha untuk membanteras dan mencegah
masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan
berterusan)
• Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman
masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh
memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat
penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok)
• Sebarang kempen yang memfokuskan kepada pencegahan
dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional
dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.
Tabiat merokok adalah satu penagihan
Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan
yang dipanggil nikotin. World Health-satu buletin yang ditaja oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995,
telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia
dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan
kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti
menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya
adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih
sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan
pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam
satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan
Penyalahgunaan Substandi Universiti Columbia, Amerika Syarikat,
nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan
penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa
yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau
menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini
juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda
jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.
Objektif.
• Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang
menggerakkan seluruh negara ke arah bebas rokok
• Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok
• Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak
memulakan tabiat
Strategi
Menggerakkan seluruh negara untuk memerangi masalah
ketagihan rokok
• Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat
tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya
kepada kesejahteraan rakyat
Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak
merokok
• Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang
segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat
yang tepat mengenai bahaya merokok.
Rujukan:
http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php
No comments:
Post a Comment