Wednesday, 30 September 2015

Jerebu

Apa itu jerebu? 

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. 

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk: 
* Bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter 
* Ozon 
* Gas karbon monoksida 
* Gas nitrogen dioksida 
* Sulfur dioksida

Kesan jerebu ke atas kesihatan 

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan. Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan. 

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk 
* Kesukaran untuk bernafas 
* Serangan jantung 
* Gatal pada tekak 
* Gatal pada mata 
* Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan 
* Gatal pada kulit

Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan kesan kesihatan 

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Kebanyakkan individu adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini.

Antaranya:
*Kanak-kanak
*Warga emas
*Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis)
*Pesakit yang menghidap penyakit jantung dan alahan
*Perokok

Langkah Pencegahan 
* Kurangkan aktiviti luar. 
* Jangan merokok. 
* Banyak minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari. 
* Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar. 
* Guna topeng pernafasan 
* Dapatkan nasihat perubatan 
* Pastikan persekitaran rumah bersih

Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu

1.GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU 

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah 

2. MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

i.Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan. 
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah. 
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu. 
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air. 
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap. 
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi. 
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. 
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok. 
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

NIOSH, Issue 17, Volume 8, 2015



Monday, 24 August 2015

Pemakanan sihat

Pemakanan yang seimbang adalah kunci untuk tabiat makan yang sihat. Langkah-langkah tertentu yang boleh di ambil termasuklah memastikan bahawa makanan yang disediakan dengan menggunakan makanan penggantian yang tertentu, seperti menggunakan lebih banyak rempah dan mengurangkan penggunaan garam, mengekalkan pengambilan protein yang ditetapkan oleh pakar pemakanan dan tidak makan berlebihan.

Sumber protein boleh didapati dari ayam, daging, ikan, telur, makanan laut dan kekacang. Kebanyakan makanan yang disediakan pada musim Aidilfitri seperti daging / ayam rendang, serunding, laksa, kuah kacang dan lontong yang dihidangkan dengan tempe, tauhu, udang dan sotong sambal. Hidangan ini mengandungi sumber protein yang tinggi.

Untuk pesakit predialysis buah pinggang kronik, mengurangkan pengambilan protein boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik. Pakar pemakanan boleh membantu anda menentukan jumlah protein yang sesuai untuk anda. Bagi pesakit Hemodialisis dan Peritoneal Dialisis, pengambilan protein yang lebih tinggi adalah diperlukan. TETAPI ingatlah bahawa kebanyakan hidangan ini tinggi dalam lemak (minyak & santan).

Sumber protein boleh didapati dari ayam, daging, ikan, telur, makanan laut dan kekacang. Kebanyakan makanan yang disediakan pada musim Aidilfitri seperti daging / ayam rendang, serunding, laksa, kuah kacang dan lontong yang dihidangkan dengan tempe, tauhu, udang dan sotong sambal. Hidangan ini mengandungi sumber protein yang tinggi.

•Untuk pesakit predialysis buah pinggang kronik, mengurangkan pengambilan protein boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik. Pakar pemakanan boleh membantu anda menentukan jumlah protein yang sesuai untuk anda.

•Bagi pesakit Hemodialisis dan Peritoneal Dialisis, pengambilan protein yang lebih tinggi adalah diperlukan. TETAPI ingatlah bahawa kebanyakan hidangan ini tinggi dalam lemak (minyak & santan).

FOSFAT 

Kebanyakan hidangan mengandungi fosfat yang tinggi. Ini adalah perkara penting yang perlu anda tahu.

•Makanan yang mengandungi santan atau kerisik seperti daging / ayam rendang, kuah lodeh dan mee kari Jangan menghabiskan semua kuah. Pengambilan kuah separuh mangkuk boleh mengurangkan separuh pengambilan fosfat.

•Kuah kacang yang dibuat daripada kacang tanah. Ia biasanya dimakan bersama dengan nasi impit atau sate Jadi, janganlah menuang dengan banyak kuah kacang pada nasi Impit / sate, anda boleh mencelup nasi impit / sate ke dalam kuah yang diisi dalam mangkuk kecil semasa makan.

•Mee rebus disediakan daripada bahan yang mengandungi fosfat yang tinggi seperti kacang dan kentang Jangan menghabiskan semua kuah; hanya makan mee dengan bahan-bahan lain di dalam mee rebus.

•Kandungan kuning telur yang tinggi dalam pelbagai kek, muffin dan cookies.

•Minuman berkarbonat juga mengandungi fosfat yang tinggi. Anda boleh meminta air kosong sebagai minuman alternatif.

•Mesti sentiasa membawa ubat pengikat fosfat bersama dan ingatlah untuk mengambil ia dengan hidangan utama anda.

•Rancang pemakanan anda, dengan hanya mengambil 3 hidangan utama dan 2-3 snek. 

GULA 

Pengambilan gula yang tinggi akan meningkatkan paras glukosa darah bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis. Tetapi bagi pesakit CKD yang tidak menghidapi penyakit kencing manis, adalah lebih baik jika anda boleh mengurangkan pengambilan gula. Ini adalah kerana paras glukosa dalam darah yang tinggi akan menyebabkan dahaga dan pengambilan cecair sukar dikawal.

•Berhati-hatilah dengan pengambilan makanan pencuci-mulut, puding, kek, muffin dan pelbagai biskut yang mengandungi gula dan coklat yang tinggi. 

KAWALAN PENYAKIT

Bagi anda yang mempunyai penyakit berkaitan jantung, darah tinggi mahupun diabetis , pengawalan jenis makanan yang diambil amat penting! Elak makanan tinggi gula dan karbohidrat buat pesakit diabetis . Makanan ringan seperti kerepek dan kuah rendang atau berlemak harus dielakkan bagi pengidap sakit darah tinggi. Kandungan garam dan bahan perasa di dalam masakan tersebut sangat tinggi dan mampu menjejaskan kesihatan anda. Bagi pesakit jantung pula, sebolehnya makanlah makanan yang telah dinasihatkan oleh doktor anda. Makanlah kuih raya yang sihat mengandungi oat dari kuih-kuih yang lain.

KAWALAN PEMAKANAN

Bagaimana mahu mengawal saiz pemakanan? Mudah sahaja caranya. Gunakan pinggan yang kecil ketika mengambil makanan. Ini merupakan cara disiplin yang dikatakan mampu mengawal saiz makanan anda. Jika anda menggunakan pinggan yang besar pasti kuantiti makanan yang diambil juga bertambah banyak.

SENAMAN RINGKAS

Perkara ini adalah perkara paling wajib untuk kekal sihat. Curilah masa setidak-ridaknya 15 minit setiap hari untuk anda lakukan senaman ringkas di rumah. Lakukan senaman anda secara berjadual.



*Nabi Muhammad SAW bersabda : 

“Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap sahaja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk bernafas”

Hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad
OSH Info, NIOSH, Issue 15, Volume 8, 2015


Saturday, 15 August 2015

Keselamatan di pejabat

Pejabat merupakan sebuah tempat kerja yan biasanya dianggap tidak mempunyai risiko pada keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Seperti juga tempat kerja yang lain, pejabat tidak terkecuali daripada hazard fizikal, biologikal, kimia dan faktor ergonomik. Hazard ini boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan seperti terjatuh, tersepit, terlanggar dan masalah lain seperti masalah otot rangka dan kelesuan mata. Hazard boleh menyebabkan berlakunya sesuatu kemalangan serta penyakit pekerjaan iaitu seperti:

  • Terjatuh dari tempat yang tinggi semasa menyusun atau menurunkan fail dari rak yang tinggi
  • Terjatuh pada aras yang sama seperti tergelincir akibat dari lantai yang licin atau tersangkut pada halangan seperti wayar elektrik atau permaidani yang rosak
  • Kebakaran yang menyebabkan dari lintar pintas atau puntung rokok yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian.
  • Tersepak barangan di laluan kerja seperti laci kabinet yang terbuka atau kotak yang berada di atas lantai.
  • Terdedah pada bahan kimia seperti gam dan pelarut.
  • Terdedah pada sinaran ultra ungu, cahaya matahari yang berlebihan dan unit paparan visual
  • Tersentuh dengan benda-benda tajam yang boleh mengakibatkan kecederaan seperti pisau, gunting dan pemotong kertas.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, seksyen 15(1) menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kabajikan semasa bekerja semua pekerjanya.


Antara langkah yang boleh diambil oleh majikan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan serta ancaman penyakit akibat kehadiran hazard di pejabat adalah:

  • Melatih pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerja secara manual
  • Menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk kakitangan sebagai panduan ketika melakukan aktiviti kerja.
  • Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta penguatkuasaan sebagai panduan ketika melakukan aktiviti kerja.
  • Menyediakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti kerja berisiko tinggi seperti menyusun fail di atas rak yang tinggi.
  • Memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke semasa.
  • Mengadakan pelan tindakan kecemasan termasuk pelan bangunan yang menunjukkan laluan keluar, tempat berkumpul ketika berlaku kecemasan dan sebagainya.
  • Mempertingkatkan kekemasan tempat kerja supaya bebas dari ancaman fizikal serta menyusun atur kelengkapan pejabat dengan baik.
  • Menyediakan laluan yang cukup luas untuk membolehkan pekerja bergerak dengan bebas.
  • Menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan bekas bahan tersebut.
  • Menyediakan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, penggera serta kotak pertolongan cemas yang lengkap.

Kesan tekanan dalam kehidupan

DALAM kehidupan seharian pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, setiap individu mempunyai tanggungjawab, iaitu kepada keluarga, masyarakat dan tempat bekerja atau majikan. Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari semua kategori sama ada kaya atau miskin, profesional atau bukan profesional, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua. Maka risiko untuk mengalami tekanan bagi setiap orang akan menjadi bertambah, dan boleh dibuat kesimpulan bahawa tekanan merupakan asam garam dalam kehidupan seseorang individu. 

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2003, kadar pertambahan kes penyakit kardiovaskular dan angin ahmar atau strok adalah penyebab utama kematian di negara membangun dan sedang membangun. Penyebab utamanya ialah merokok, aras kolesterol dalam darah yang tinggi, diabetis dan hipertensi. Tekanan dan gaya hidup yang kurang melakukan aktiviti fizikal secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan faktor risiko tersebut. Walau bagaimanapun tidak semua tekanan memudaratkan atau memberi kesan negatif. Kesan negatif hanya akan berlaku sekiranya melebihi keupayaan kawalan individu tersebut dan mengakibatkan masalah mental, fizikal dan hilang produktiviti. Perubahan fisiologi yang berlaku akibat tekanan adalah menyeluruh pada tubuh badan individu dan tekanan yang berpanjangan akan membawa kesan negatif kepada individu.

Perubahan yang berlaku kepada sistem kardiovaskular ialah kadar denyutan jantung akan meningkat dan menyebabkan pengaliran darah bertambah antara 300 peratus hingga 400 peratus yang menyebabkan individu berkenaan berada dalam keadaan berdebar. Kadar pernafasan juga akan bertambah cepat dan penyerapan oksigen oleh paru-paru akan bertambah untuk organ penting seperti otak dan otot-otot agar dapat berfungsi dengan efektif. Dalam keadaan tekanan yang teruk, individu akan berasa susah untuk bernafas atau mengalami sesak nafas. Setiap individu seharusnya mengetahui keadaan tekanan mereka serta mempunyai pengetahuan untuk menguruskan tekanan bagi memastikan ia tidak mendatangkan kesan yang lebih mudarat kepada kehidupan. Tekanan juga boleh terjadi apabila seseorang itu dibebani dengan pelbagai tugasan yang tidak mampu diselesaikannya dan jika tidak dikawal boleh menjejaskan kesihatannya.

TEKANAN AKUT (acute stress disorder)

Tekanan yang berlaku akibat tindakbalas kepada rangsangan yang terjadi secara tiba-tiba. Dikenali sebagai tindakbalas lawan atau lari. Tindakbalas dimanifestasikan dengan perubahan tingkahlaku seperti: 

* Mudah menangis dan agresif 
* Perubahan emosi dan murung 
* Tidak dapat menumpukan perhatian 
* Perubahan fizikal seperti mudah berdebar, sakit kepala dan rasa tidak sihat. 

TEKANAN KRONIK 

Tekanan yang berlaku dalam jangka masa yang lama akibat rangsangan yang berterusan sama ada disedari atau tidak oleh individu. Rangsangan yang sering menyebabkan tekanan kronik adalah seperti: 
* Tekanan berterusan ditempat kerja 
* Masalah hubungan dengan individu lain 
* Berasa keseorangan dan kesunyian 
* Masalah kewangan yang berterusan

PENYAKIT AKIBAT TEKANAN 

Keadaan tekanan yang kronik atau berterusan tanpa rawatan dan intervensi akan menyebabkan kesan negatif kepada individu tersebut. Antara penyakit yang dikaitkan dengan tekanan adalah seperti: 

Sistem Kardiovaskular: 

Antara penyakit utama yang dikaitkan dengan tekanan yang kronik ialah serangan jantung, strok dan tekanan darah yang tinggi. Contohnya, serangan jantung dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana ia boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sehingga boleh meragut nyawa seseorang. 

Sistem Pernafasan: 

Penyakit yang sering dikaitkan dengan sistem pernafasan ialah lelah. Individu yang mengalami keadaan tekanan kronik terdedah kepada serangan lelah. Walaupun penyakit ini tidak dianggap sebagai satu penyakit yang menggerunkan seperti kanser namun sekiranya tidak diberikan pencegahan awal ia boleh menjadi serius dan ada juga yang boleh membawa maut. 

Masalah Mental: 

Antara masalah mental yang ditemui pada individu yang mengalami tekanan kronik ini adalah seperti masalah kerisauan, kemurungan dan mengalami fobia. Makna fobia ialah perasaan takut pada sesuatu secara berlebihan dan tidak dapat diterangkan dengan secara logik sehingga menyebabkan individu tersebut berasa tekanan.

KESAN NEGATIF TEKANAN KEPADA KELUARGA 

Tekanan boleh menggugat hubungan dan kemesraan antara ahli keluarga. Tekanan menyebabkan berlakunya konflik dalam keluarga, individu dan tidak dapat berinteraksi dengan pasangan dan anak-anak dengan baik, serta ada yang menjauhkan diri dan bersikap dingin terhadap ahli keluarga. Sekiranya ayah atau ibu mengalami tekanan, ia boleh menggugat ekonomi keluarga dan meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan mental dan proses tumbesaran anak-anak terutama peringkat umur remaja.

Berita Harian; 13 May 2015; pg 020

Stres jejas kualiti hidup

Sekiranya kita sering merasakan hidup tidak ceria, mudah letih, emosi berubah-ubah atau cepat marah ketika berhadapan situasi tidak terduga, anda mungkin menghadapi tekanan. Tekanan kadangkala sukar dijelaskan tetapi memberi kesan negatif dalam kehidupan harian hingga menjejaskan kestabilan emosi. Kajian saintis oleh Universiti Linkoping di Sweden baru-baru ini, mendapati tekanan bukan hanya mengganggu emosi, malah dipercayai menjadi punca serangan diabetes. Penyelidikan terhadap 10,000 keluarga yang memiliki anak berusia dua hingga 14 tahun yang tertekan ketika zaman kanak-kanak berisiko diserang penyakit. Tekanan seperti perceraian, kematian atau kesakitan dalam keluarga meningkatkan risiko sehingga tiga kali serangan diabetes tahap satu. 

Tekanan punca penyakit 

"Tekanan berpanjangan meninggalkan trauma bagi tempoh 14 tahun dalam kehidupan kanak-kanak. Ia menjadi faktor utama mereka diserang diabetes tahap satu," katanya. Sementara itu, Pegawai Perubatan Terapi, Sains Penuaan dan Dermatologi, Swiss Wellness Centre, Dr Sarah Jane Khong, menjelaskan kehidupan di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur mendedahkan individu secara langsung terhadap tekanan. Katanya, faktor seperti persaingan, cabaran hidup dan kesesakan juga menyebabkan 80 peratus daripada individu terbabit berisiko berdepan masalah tekanan.

"Ada tiga jenis tekanan bergantung kepada masa dan berapa lama seseorang individu berhadapan situasi berkenaan. "Tahap satu iaitu individu mengalami tekanan untuk tempoh singkat, tahap dua (tekanan selama beberapa minggu atau lebih) dan tahap tiga (tekanan berpanjangan sehingga menyebabkan kemurungan). "Setiap jenis tekanan memberikan kesan besar termasuk menyumbang kepada masalah penyakit lain. Oleh itu, orang ramai perlu mengelak tekanan bagi menjalani kehidupan lebih sihat," katanya.

Kandungan mineral badan menurun

Dr Sarah berkata, tekanan menyebabkan kandungan mineral dalam badan berkurangan seperti kromium. Keadaan ini meningkatkan risiko darah tinggi, diabetes dan osteoporosis. Selain itu, tekanan turut mempengaruhi tahap pengeluaran hormon atau sistem pertahanan badan individu. Ini menyebabkan mereka lemah dan sukar melawan penyakit. Bagi individu yang gagal menguruskan tekanan dengan baik, sejenis hormon steroid yang dirembeskan oleh korteks kelenjar adrenal (kortisol) akan meningkat hingga menyebabkan risiko hidap pelbagai penyakit. Dr Sarah berkata, masalah tekanan yang dihadapi seseorang individu boleh dikesan melalui perubahan kulit individu berkenaan apabila mereka kelihatan letih, tidak bermaya, pergerakan mata tidak aktif dan tidak bersemangat menjalani kehidupan seharian. Bagaimanapun, beliau berkata, tekanan boleh diatasi dengan mengubah tabiat harian, mengamalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan dapatkan tidur mencukupi.

Mesin kesan tekanan 

Perkembangan teknologi semasa turut mengambil kira masalah tekanan. Rawatan alternatif ditawarkan untuk mengatasi tekanan menggunakan mesin OligoScan. Inovasi daripada teknologi Switzerland itu berupaya mengesan punca, tahap dan menunjukkan kaedah rawatan menangani tekanan anda. Individu akan didiagnosis menerusi empat titik utama. Komputer pula akan mengeluarkan analisis diagnosis berkenaan untuk diterangkan secara jelas kepada pesakit. Bahkan, mesin ini membantu pakar dermatologi mengetahui pola dan punca tekanan terhadap individu berkenaan. Di samping itu, kewujudan pelbagai jenis senaman seperti zumba, yoga, larian jarak jauh (maraton) dan aktiviti lasak seperti mendaki serta berbasikal mempunyai kelebihan membantu mengurangkan tekanan.

Rawatan secara ubatan

Ubat antikemurungan (antidepresi) digunakan untuk melegakan tanda kemurungan dan mempunyai kesan penenang. Ada empat jenis ubatan penenang iaitu:
  • Trisiklik (Tricyclic);
  • RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A);
  • SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)
  • SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors).

Cara ubat bertindak

Ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat daripada satu sel otak kepada sel otak yang lain. Bahan kimia kemurungan itu dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.

Prosedur mengambil ubat ini
  • Ambil ubat setiap hari seperti diarahkan.
  • Jangan ubah dos ubat sendiri.
  • Kesan teraputik ubat hanya boleh dilihat selepas dua minggu, jadi menunggu adalah penting.
  • Kesan sampingan ubat akan berkurangan setelah beberapa lama diambil.
  • Rujuk doktor jika kesan sampingan tidak disenangi. Doktor mungkin mencadangkan ubat jenis yang lain.
Berita Harian; 25 April 2015; pg 010 Oleh Nadia Hamid

Monday, 16 March 2015

Kemalangan Elektrik

Statistik Suruhanjaya Tenaga menunjukkan bahawa antara punca utama kemalangan elektrik berkenaan ialah pemasangan dan senggaraan pendawaian elektrik yang tidak sempurna serta prosedur kerja selamat tidak dipatuhi. Elektrik (walaupun amat berguna) ia juga boleh membunuh. Di United Kingdom, misalnya tidak kurang 1,000 kemalangan yang melibatkan elektrik dilaporkan setiap tahun. Kemalangan-kemalangan ini pada kebiasaanya melibatkan kontak langsung manusia dengan alatan elektrik yang terdedah contohnya menyentuh kabel elektrik yang terkoyak. 



Bahaya elektrik boleh dipecahkan kepada empat kategori berikut:

ELEKTROSTATIK

Keadaan ini terhasil daripada cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah. Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan. Elektrostatik bervoltan tinggi boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian malah, jika ia berlaku di persekitaran mudah terbakar, ia boleh mengakibatkan kebakaran.

KEBAKARAN

Litar pintas dan lebihan tenaga mengalir yang berlaku pada satu sistem pendawaian boleh menyebabkan tercetusnya percikan api atau penjanaan tenaga haba yang tinggi yang berpotensi dalam menyalakan api. Kemalangan ini juga boleh disebabkan oleh pelepasan cas statik.

MATA ARKA

Pengcahayaan yang melampau boleh merosakkan penglihatan manusia yang begitu sensitif dengan cahaya lampau. Keadaan ini disebabkan oleh cahaya ultraungu yang terhasil daripada arka elektrik dan silauan cahaya aktiviti kimpalan. Apabila mata melihat secara langsung punca cahaya ini, ianya akan memberi kesan yang dipanggil 'Konjuntinitis'

RENJATAN

Renjatan elektrik berlaku bila manusia bersentuhan dengan sumber arus elektrik di mana arus elektrik mengalir melalui tubuh terus ke bumi untuk dineutralkan. Keadaan ini menjejaskan fungsi anggota badan dan boleh mengakibatkan kekejangan otot, kegagalan jantung dan melumpuhkan sistem pernafasan.

Gunakan produk elektrik dengan penuh bertanggungjawab 

Kajian menunjukkan bahawa kesemua bentuk bahaya di atas dan kecederaan yang diakibatkan boleh dielakkan jika pengguna melaksanakan kewajipannya dengan menggunakan produk elektrik dengan penuh bertanggungjawab. Kerajaan, melalui Peraturan Elektrik 1994 telah menetapkan bahawa 31 jenis peralatan elektrik rumah wajib mematuhi standard Malaysia (MS) yang berkaitan. Semua peralatan elektrik rumah harus mempunyai label MS yang sesuai. Dalam hal ini, kerajaan telah meletakkan tanggungjawab ke atas Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menguatkuasakan standard-standard ini manakala SIRIM Berhad telah ditugaskan untuk menjalankan ujian terhadap perkakas/ peralatan elektrik yang tersenarai dalam Peraturan Elektrik 1994. 

Peralatan-peralatan elektrik dan elektronik yang tidak patuhi piawaian merupakan penyumbang kepada beban sisa merbahaya disebab ia mengandungi bahan-bahan merbahaya atau toksik seperti, logam berat cadmium, merkuri, plumbum, sebatian kromium, polychlorinated biphenyl (PCB) dan polybrominated biphenyl (PBB). Sebagai pengguna, anda harus mementingkan keselamatan diri dan melaksanakan hak untuk mendapatkan produk yang selamat bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan dijual di pasaran. Sebagai pengguna, anda perlu memeriksa ciri-ciri keselamatan barang elektrik dan elektronik sebelum membeli. Anda perlu membandingkan ciri pelbagai produk itu dan sebagai suatu amalan rutin dan pertimbangkan keselamatan relatif produk itu.

Baca dengan teliti label produk dan keterangan serta label amaran. Produk pengguna biasanya mempunyai maklumat berguna dan amaran mengenai produk serta patuhi maklumat mengenai penggunaan produk dengan cermat. Banyak produk hanya selamat apabila digunakan mengikut garis panduan dan keterangan yang diberi. Sesetengah barangan elektrik selamat hanya apabila digunakan dalam jangka masa tertentu. Gunakan produk seperti ditetapkan dengan cermat dan berhati-hati. Produk biasanya untuk suatu kegunaan saja. Sesetengahnya sesuai untuk beberapa kegunaan. Tiada produk yang selamat untuk semua penggunaan. 

Penting menggunakan alat yang betul untuk melakukan sesuatu kerja selain mengetahui kebolehan seseorang itu berbeza di antara satu sama lain. Maklumkan kepada mereka yang berkenaan dan boleh mengambil tindakan produk tidak beroperasi dengan selamat. Pengeluar, terutama syarikat besar menyediakan sistem untuk memantau prestasi produk mereka selepas jualan namun ia bergantung pada maklum balas pengguna. Kenal pasti kelemahan produk dan laporkan kepada pihak berkenaan kerana ia membawa banyak manfaat. Anda perlu sedar bahawa pengeluar dan kerajaan begitu responsif apabila ada permintaan daripada pengguna terhadap pembaikan undang-undang keselamatan dan penguatkuasaan.

Sumber: PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR

Sunday, 15 March 2015

Elak sakit belakang

Senaman bantu pulihkan regangan postur badan

Pada masa ini, masalah sakit belakang berkaitan tulang belakang adalah punca utama kecederaan berkaitan pekerjaan. Sakit akibat kecederaan yang tidak tertanggung ini menyebabkan mereka yang mengalaminya menghabiskan banyak wang untuk pulih sepenuhnya. Kesakitan terutama pada bahagian pinggang biasanya terjadi kepada orang di sekitar umur 30 hingga 50 tahun. Kebanyakan daripadanya mengalami kesakitan itu ketika sedang melakukan rutin pekerjaan. Sebenarnya anda boleh mengurangkan risiko dengan sedikit bimbingan dan langkah pencegahan.

Berat badan berlebihan 

Langkah pertama dengan menilai risiko kepada anda. Orang yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang perlu kerap membongkok, mengangkat dan berpusing. Anda juga berisiko jika mempunyai berat badan berlebihan, merokok atau tidak aktif. Pemeriksaan awal penting bagi membolehkan anda lebih berhatihati bagi mengurangkan dan mengelak terus risiko ini. Bermula dengan mencuba untuk berhenti merokok dan mengurangkan sedikit berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan. Seterusnya membuat beberapa perubahan di tempat kerja. Ramai yang mengalami masalah sakit belakang di bahagian pinggang selepas mengangkat objek berat secara tidak betul.

Duduk di meja

Duduk dalam tempoh yang panjang dan tidak bergerak boleh mengakibatkan anda mendapat sakit belakang dalam jangka masa yang panjang. Cara terbaik mengelakkannya adalah dengan berehat sebentar secara kerap dengan berdiri dan berjalan, tetapi jika anda tidak mempunyai pilihan lain, cuba ambil langkahlangkah berikut:

  • Beri sokongan kepada pinggang anda. Gunakan gulungan tuala, bantal kecil atau kerusi sokongan yang direka khas. 


  • Duduk dengan postur yang betul. Selaraskan telinga dan bahu dengan memastikan dagu selari dengan lantai. Elakkan bersandar pada bahagian tepi badan dan elakkan perabot yang terlalu empuk kerana tidak menawarkan sokongan yang mencukupi. Apabila anda tidak bersandar ke belakang pastikan anda tidak melengkungkan bahagian belakang badan anda. Pastikan belakang anda tegak dan sejajar. 
  • Beli kerusi pusing berkualiti supaya anda boleh bekerja tanpa memusingkan pinggang anda. Kedudukan komputer yang dekat dengan anda juga membantu mengurangkan anda berpusing dan berubah. Pastikan kerusi anda boleh dilaraskan, boleh bersandar dan mempunyai tempat meletakkan lengan.
Jangan lupa bersenam 

Lazimnya, menganggap rehat dengan berbaring di atas katil adalah cara untuk pulih daripada masalah sakit belakang. Hakikatnya bahawa senaman bukan sahaja membantu melegakan sakit pinggang kronik, tetapi juga membantu mencegahnya pada masa depan. 

Senaman dapat memperbaiki postur, menguatkan belakang, meningkatkan fleksibiliti dan membantu anda mengurangkan berat badan. Program senaman yang berkualiti merangkumi aktiviti aerobik (seperti berjalan, berenang dan berbasikal), latihan bebanan dan regangan (seperti yoga dan tai chi). 

Anda juga boleh melakukan aktiviti ini di tempat kerja selepas duduk agak lama, seperti berjalan kaki selama 10 minit. Lakukan juga beberapa regangan mudah ketika rehat. Jika anda perlukan lebih panduan, tunjuk ajar dan idea dapatkan panduan pakar kecergasan yang berkelayakan di tempat anda. 


Ikuti tip ini untuk mengurangkan risiko kecederaan 

  • Jika anda perlu untuk mengangkat sesuatu yang terlalu berat, dapatkan bantuan. 
  • Pastikan kaki anda dijarakkan seluas bahu supaya anda mempunyai asas sokongan yang luas. 
  • Berdiri sedekat yang mungkin dengan objek yang anda ingin angkat. 
  • Bengkokkan lutut anda, BUKAN pinggang anda. 
  • Beri sokongan kepada belakang dengan mengeraskan otot abdomen kerana anda mengangkat objek ke atas atau lebih rendah ke bawah. 
  • Angkat menggunakan otot kaki anda, TIDAK belakang anda. 
  • Pegang objek sehampir yang boleh dengan badan anda. 
  • Jangan memusingkan badan atau condong ke hadapan ketika anda mengangkat atau membawa objek. 
Sumber dari; Berita Harian, Aug 30, 2014; pg. no. 010- Byline / Author: Oleh Mohd Hoesni Rahmat


Katakan tidak pada rokok...

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan! 

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian. 

• Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit. 
• Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok. 
• Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok. 
• 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negaranegara Asia. 
• Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru-paru yang kronik. 
• Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan. 
• Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
• 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 
• 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. 



Senario dan Tabiat merokok di Malaysia: 

Fakta sepintas lalu 

• Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok. 
• Setiap hari,lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok. 
• 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok. 
• Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok. 
• Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun. 
• Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari(jantung). • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan KebangsaanKe-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun. 

Perspektif 

• Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja(10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan) 
• Mempergiatkan usaha untuk membanteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan) 
• Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok) 
• Sebarang kempen yang memfokuskan kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara. 

Tabiat merokok adalah satu penagihan 

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health-satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substandi Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.

Objektif. 

• Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke arah bebas rokok 
• Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok 
• Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat 

Strategi 

Menggerakkan seluruh negara untuk memerangi masalah ketagihan rokok 

• Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat 

Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok

• Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok.


Rujukan: http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php 

Tuesday, 10 March 2015

Menggapai Bintang

Bergelar graduan Universiti bukanlah jalan mudah untuk mendapatkan kerja dengan cepat...tahun 2004 aku telah menamatkan pengajian dari Universiti Teknologi Mara (UITM)..dengan berbekalkan Diploma di dalam bidang Sains Komputer dan bukan satu jaminan untuk aku dapat kerja mase tu....

Mungkin aku bernasib baik pade mase tu..sebabnye aku telah menjalani latihan praktikal selama 3 bulan di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd di Teluk Ramunia...menjadi Juruteknik Komputer telah banya memberi ilmu baru yang memang aku tak pernah belajar mase di universiti... kt sini lah baru aku tahu macam mane nak format komputer, tarik kable network..set IP address untuk komputer..and buat connection cable ke RJ-45...aku habes praktikal bulan jun 2004...dan majlis konvokesyennya pada bulan ogos..lepas tu aku tak lah terus dapat kerja...menurut supervisor mase aku praktikal tu...die tak kan amik perempuan untuk kerja bahagian ni..sebab die kesian bile tengok perempuan kena angkat PC dan tarik kabel...sempat jugak aku pergi interview untuk bekerja dalam bidang ni..jawapan yang aku terima tetap same...terase macam diskriminasi pulak untuk kaum perempuan mase ni...tapi akhirnya aku dapat jugak kerja..cume bukan bidang aku...

2005 aku mule bekerja di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd..mase ni aku jadi Technical clerk jerr...tak fikir ape pun..yang penting ade kerja..ade gaji...hahahaha..sebab mase ni dah rase putus ase nak teruskan kerjaya dalam bidang yang aku belajar dulu...pengalaman pertama aku tengok drawing yang bertimbun kat atas meja...pening kepala...bile tengok drawing structure, piping, elektrikal, instrument...dan macam-macam lagi...belajarnye lain..kerjanya lain..confirmlah tak berape nak fahamkan...mujurlah..ramai yang sudi membantu mase tu...belajarlah cikit-cikit untuk fahamkan ape yang ade...first time dpat naik module mase ni...bergambar sakanlah..terase macam kecik jer dekat celah-celah besi ni...


2006 aku jadi penganggur sekejap bile Projek D1 yang aku terlibat ni dah siap dan belayar ke India...mase ni mulalah sebuk cari kerja semula...Disebabkan mase ni aku dah ade pengalaman cikit...jadi dapatlah aku kerja di Malaysia Marine & Heavy Engineering Sdn. Bhd di Pasir Gudang...mase ni tumpang duduk dengan Makcu...pegi keje naik kete kancil jer...kat Pasir Gudang ni jalannye sebuk dan yang paling menyeramkan lori besar-besar...seronoknye keje kt MMHE mase ni..sebab aku ikut client Petronas... dapatlah belajar benda yang baru lagi...tak pasal-pasal daripada Technical Clerk dah tukar jadi Admin merangkap secretary...yang bestnye...aku bebas kat dalam office.. semua benda ade kat dalam ofice jer..surau ade...makanan pun banyak...jadi jimat lah belanje...tapi rezeki tak panjang kat sini sebab ayah suruh balik semula ke Teluk Ramunia...hujung tahun tu aku balik ke Teluk Ramunia sebab ade jawatan kosong di "Department Planning" di Ramunia Fabricator Sdn. Bhd...masuk jer kerja aku rase seronok sebab di bahagian ni adelah kaitan dengan ape yang aku belajar...mulanya aku ingat kontrak aku kerja setahun...tapi..bile bace kontrak... tawaran kerja ni cuma dua bulan jer...sebab ganti orang cuti bersalin...mula rase menyesal terima tawaran tu sebab aku dah rase selesa duduk di Pasir Gudang...fikir positif jer mase tu...mungkin ade rezeki untuk aku lepas ni...dan mugkin ade hikmah yang aku tak tahu...

Masuk jer tahun 2007 aku jadi penganggur semule...pengajaran untuk aku..sebelum masuk kerja..pastikan dulu surat tawaran dah terima awal-awal baru lah boleh mula kerja...mungkin tahun ni bukan tahun yang bagus untuk aku sebab hampir tujuh bulan aku tak dapat jugak kerja...duduk rumah tak de buat ape-ape memang boring...kebetulan pulak mase ni..kawan mak offer untuk belajar jahit baju...disebabkan aku memang tak buat ape-ape... dan harge tempahan baju dah semakin mahal...jadi aku pun mulelah menjalani sesi pembelajaran...aku belajar mase bulan puase selama 3 minggu dengan misi nak jahit baju raya sendiri... Alhamdulillah....misi berjaya... aku berjaya jahit baju raye aku sendiri... disebabkan terlebih bersemangat.. aku terus beli mesin jahit baju dengan mesin jahit tepi sendiri...untuk test power aku menjahit baju...ade jugaklah aku tolong kawan mak ni siapkan tempahan baju mase ni...dapatlah duit poket untuk raye...setahun aku jahit tukang jahit yang tak berape nak professional...

Alhamdulillah tahun 2008 menjadi sinar baru untuk aku... aku dapat tawaran untuk interview jawatan Training & Information Engineer... hahaha...engineerlah sangatkan... kenangan yang paling aku tak boleh lupakan mase dalam bilik interview... aku kene maki dengan orang yang interview 1 jam setengah sebab die tak puas hati dengan kelayakkan yang aku ade dengan jawatan yang aku dapat ni...aku masih ingat lagi ayat-ayat die..."awak ni umpama dapat jongkong emas tau kalau awak dapat jawatan ni..kalau saya bukak iklan untuk jawatan ni..berlambak lagi orang yang lebih layak dari awak"...ayat die ni memang betul-betul bakar jiwa aku... terase tercabar sangat-sangat...akhirnya aku dapat jugak kerja ni...jadi bermulanya kerjaya aku di dalam bidang Health, Safety and Environment yang sememangnye aku tak tahu langsung... untuk bahagian information...aku memang tak de masalah sebab dah makanan aku.. jadi dengan bangganya aku tunjukkan skill update record pekerja untuk bahagian latihan...yang menjadi masalahnye..bile aku jugak kene buat Training...menggigil lutut bile kene cakap depan orang..pertama kali aku di interview untuk jadi HSE Trainer...memang sentiase jadi kenangan aku bile modul untuk satu hari aku habeskan dalam masa 15 minit jer mase interview tu...bile habes jer...10 orang otai-otai yang kat depan aku semuanya komen berbakul-bakul...nak buat macam manekan...dah memang tak de skill nak mengajar...dan memang bukan cite-cite aku nak jadi pengajar....sebelum aku dapat kerja ni..aku dah buat permohonan untuk sambung belajar di UTM skudai...aku sambung degree Sains Komputer jugak sebab tak tahu akan terlibat dengan bahagian HSE ni....perancangan Allah itu tepat...mungkin aku tak sedar yang aku boleh mengajar...dalam tak nak jadi pengajar...aku bertahan di Ramunia Fabricator Sdn. Bhd ni sampai tahun 2009..itu pun sebab syarikat ni berpindah ke Port Klang dan aku tak berhasrat pun untuk berhijrah daripada Teluk Ramunia..

2010 aku bekerja pulak di PFC Engineering Sdn. Bhd...mase ni aku ditawarkan untuk jadi HSE Training Coordinator sebab banyak masalah yang tak dapat diselesaikan... masuk jer kerja..dengan bangga mase tu aku dapat selesaikan masalah yang ade dalam mase 2 minggu...tu pun sebab aku ade pembantu-pembantu yang bagus...jase-jase kalian memang aku tak kan lupekan sampai bile-bile...rezeki aku tak panjang kat syarikat ni...aku dapat bekerja sampai bulan mei 2010... sekali lagi aku diuji...kembalilah aku memegang jawatan sebagai pengaggur....mulalah tak tahu nak buat ape...kebetulan mase ni MSC job camp ade buat kursus Bahasa Inggeris di Standford Kolej...mase ni aku tak habes belajar lagi...jadi dengan nekadnye...aku dengan adik aku yang mase ni pun baru jer habes belajar and tak ade kerja...kite orang ke KL dan belajarlah bahasa inggeris selama 2 bulan...konon lepas tu boleh terror lah kan...jadi terpaksalah aku ke Johor naik bas jer untuk pergi ke kelas dalam mase 2 bulan tu...mujurlah mase tu tengah cuti semester...jadi tak lah banyak kelas yang aku ponteng mase tu...Aku bersyukur sangat mase ni ...bulan 9 aku dapat panggilan yang aku diterima untuk mengikuti kursus graduan-graduan mengaggur di PUSPATRI Pasir Gudang...yang paling best aku di tawarkan untuk mengikuti kursus Safety and Health Office... selama 6 bulan dan tak payar bayar ape-ape..siap dapat elaun lagi..lepas dah nak bayar duit kete...cume untuk belanje tak cukup lah kan... hehehehe...memang ayahlah yang kene tolong tambah duit belanjer... bulan 10 jadilah aku pelajar di PUSPATRI secara sepenuh masa dan separuh masa di UTM...serabut kepala mase ni sebab aku kene belajar dua benda yang berbeza...Tapi Alhamdulillah..aku berjaya lulus dengan cemerlang untuk dua-dua kursus ni...



2011 aku mula menjalani latihan praktikal di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd di Pasir Gudang...kali ni bile jumpe kawan-kawan lame..semuanye terkejut sebab aku beralih bidang daripada IT ke HSE...confirmlah banyak soalan yang aku kene jawab...sebelum aku habes praktikal..aku dah ditawarkan kerja...kalau dulu aku yang mencari kerja...tapi sekarang aku pulak yang ditawarkan kerja...jadi aku kembali semula ke Teluk Ramunia dan bekerja dengan CKJ Engineering Services Sdn. Bhd...habes jer dengan projek ni...sekali lagi aku ditawarkan bekerja dengan Turcomp Engineering...mase ni projeknye untuk shutdown di TITAN...best sebab gaji besar...semua company sediakan termasuklah rumah dengan transport...dapatlah merase terlibat dengan projek...kenangan yang paling best sebab aku dapat naik flair kat TITAN tu dan tengok kawasan Pasir Gudang....

Alhamdulillah...hujung tahun 2011...Aku di terima bekerja di Malaysia Marine & Heavy Engineering Sdn. Bhd sebagai HSE Trainer...mulenye aku seorang jer trainer untuk projek Tapis & Telok....satu cabaran untuk aku mase ni...sampai dah tak terlarat nak buat training...5 bulan aku berseorangan...tapi selepas dipindahkan ke Taman Mawar..barulah ade trainer yang lain membantu...tahun 2011 aku dapat pergi 2 konvo...satu di UTM untuk degree..dan satu di Persada Johor untuk PUSPATRI...mase ni..terase sangat bahagia bila segala usaha berbalas...

2012 aku masih lagi bekerja di MMHE dan aku terus sambung Master sebab sekali lagi semangat aku di bakor oleh orang yang interview mase tu...kebetulan aku belum pun konvo mase interview untuk jadi HSE Trainer tu...jadi level aku mase tu setakat Diploma jer..dan gaji aku pun tak boleh nak dapat lebih..dengan alasan degree aku bukan dalam bidang Safety walaupun mase tu aku dah lulus exam untuk 4 paper SHO...alasan lain..sebab aku tak register green book lagi...huhuhuhu...terima jer lah...rezeki pasti ade lepas ni kan...

2013 aku berjaya menamatkan Master dengan jayanya...mase ni aku di pindahkan semula ke dalam MMHE...jeng..jeng..jeng...nak dijadikan cerita...aku bertemu jodoh pun di MMHE...Alhamdulillah...dah tak single lagi...bile dah lame sangat kerja kat MMHE ni..mulalah aku rase macam ade yang tak kene jerrr dengan pihak pengurusan..ape masalahnye..biarlah rahsia untuk aku dan menjadi pengalaman untuk aku mematangkan diri dalam bidang safety.... terase macam dah sampai masenye aku keluar daripada kepompong ni sebab aku masih ade di level yang same jer...susah untuk aku pergi jauh lagi kalau aku masih bertahan di sini...Alhamdulillah...sekali lagi Allah titipkan rezeki untuk aku...aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia)...tawaran pertama aku tolak..sebab terase macam awal sangat untuk aku sambung belajar bulan 9 tu..maklumlah...baru jer naik pelaminkan...tak puas lagi nak honeymoon..hahahaha...

2014 sekali lagi aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia)...kalau aku tolak tawaran kali kedua ni..lepas ni UTM tak kan tawarkan lagi dan aku terpaksa buat permohonan semula kalau aku nak sambung semula...setelah berbincang dengan keluarga...aku akhirnye membuat keputusan untuk sambung belajar disebabkan rase hati yang memang dah tak boleh nak bertahan untuk bekerja...dengan secara rasminya aku menjadi seorang mahasiswi di UTM skudai pada 5 Februari 2014 dan aku berhenti dari MMHE pada 7 Februari 2014....soal kewangan aku memang tak payah risau..sebab dapat biasiawa dari KPM...dah dapat belajar free...kenalah pandai manafaatkannye lepas ni...   

Monday, 2 March 2015

Tulang Rusukku

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikutnya. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan..

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?Jika kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Friday, 27 February 2015

Trauma: Gara-gara pernah kehilangan kereta

"Allah sedang menguji kita" tahun 2008 aku diuji bila Proton Waja yang aku gunakan untuk ke kelas hilang di Taman Ungku Tun Aminah...rase macam tak percaya bile kereta tak ade depan mate...kehilangan ini sangat memberi kesan kat aku...mase ni aku baru jer masuk sem ke 2...aku tak dapat nak fokus untuk sem tu...aku juga menghadapi masalah untuk ulang-alik ke kelas sebab tak ade kendereaan lain mase tu...


Misteri kehilangan kereta ini akhirnya terjawab...bile aku terbaca berita di akhbar Harian Metro 10 Februari 2009....untuk mengesahkan berita ini..aku dengan mak pergi sendiri ke balai polis Skudai dan berjumpa dengan Inspektor Azmi yang menyiasat kes ini...kenyataan inspestor ni yang mengatakan anggota polis yang mencuri kereta ni mengatakan die tidak tahu ape status kereta ni sebab tidak ade laporan yang mengatakan kereta ini telah hilang...Aku rase alasan yang die bagi macam tak logik jerrr..sebab 4 ogos 2008 hari yang sama kereta ni hilang aku terus buat laporan polis...


Sampai sekarang aku masih lagi trauma bila nak parking kereta...terase takut kejadian ni akan berulang...yang paling sedih pencurinya adalah KONSTABEL dari UNIT KERETA PERONDA....Dimana kredibilitinya sebagai anggota polis yang telah dilatih untuk menjaga keamanan negara....Apakah nasib orang awam bila berdepan dengan keadaan seperti ini...Apa hak yang saya dapat daripada kes kehilangan ini...saya kerugian hampir lebih daripada RM40,000 kerana insurance tak akan bayar semua nilai kereta ni...selepas di kira pihak insurance masih ade baki RM7000 yang perlu dibayar kepada pihak bank bagi mengelakkan name Blacklist...


Sedih bila tengok keadaan kereta ni selepas dijumpai...terase aku benar-benar diuji mase ni....keputusan periksa untuk sem ni pun menurun...Redha dengan dugaan yang diberi...Allah pasti memberikan rezeki lain sebagai ganti...bulan 9 aku berjaya mempunyai kereta lain untuk aku gunakan ke kelas...walaupun mase tu gaji tak besar mane...tapi dapat jugak aku beli kereta...hihihi..


Selepas 6 tahun kereta waja hilang..aku mendapat panggilan dari balai polis skudai...kes kehilangan ini akan dibicarakan semula sebab pencurinya tidak mengaku bersalah dan hanya bengkel yang meleraikan keretanya sahaja yang mengaku bersalah....Aku terpaksa turun naik makamah pulak pasal kes hilang kereta ni....aku dinasihatkan oleh inspektor yang menyiasat kes ni untuk membuat laporan tutup kes kalau aku tak dapat hadir ke mahkamah...macam ni ke penyelesai kes kecurian kereta...walaupun ade insuranse kite tetap akan rugi...dan tak boleh nak buat apa-apa tuntutan ganti rugi...

Tuesday, 24 February 2015

Here I am

Here I'm back...lame dah tak tulis blog ni..so terima kasih kepada semua yang sudi melayari blog ni....nak kate saya ni pandai sangat menulis..rasenye tak lah sangatkan....Harapnye nanti ape yang ditulis dalam blog saya ni..dapatlah memberi manafaat kepada semua pembaca...


Bila terbace beberapa blog yang menarik dan banyak perkongsian ilmu, terdetik pulak dihati untuk menulis. Harapnya kali ni blog ini bukan sekadar 'hangat² t.a.i.k ayam' jer...